Sekadar berkongsi.....
MEMBANGUNKAN
FALSAFAH MEDIA DAN KOMUNIKASI ISLAM DI
MALAYSIA
Rosmawati
Mohamad Rasit
Jabatan
Pengajian Dakwah & Kepimpinan, FPI UKM
Abstrak
Bidang media dan komunikasi sering merujuk kepada falsafah
dan konsep Barat khususnya mengenai teori-meta, teori dan model serta hala tuju
perbincangan isi kandungan kursus. Walaubagaimanapun, terdapat sarjana media
dan komunikasi Islam yang berpendapat bahawa bidang ini perlu dilihat dari perspektif
agama Islam dalam membincangkan falsafah media dan komunikasi agar tidak
mengabaikan nilai sosial, dimensi budaya dan konteks agama itu sendiri.
Justeru, kertas kerja ini merupakan kajian awal penerokaan sorotoan literatur
dalam mengenal pasti sejauhmana peluang dan ruang dalam membangunkan falsafah media
dan komunikasi Islam sebagai alternatif pembangunan perspektif media komunikasi
selain daripada Barat di Malaysia. Hasil daripada penerokaan awal berupa
sorotan literatur, kajian ini mendapati wujudnya peluang dan ruang bidang media
dan komunikasi ini untuk dilihat dari aspek falsafah paradigma ilmu Islam.
Kata kunci: Media, Komunikasi Islam, teori media, teori
komunikasi, paradigma ilmu Islam