Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM akan menerbitkan Jurnal al-Hikmah Jilid 5 pada tahun 2013. Sehubungan dengan itu sukacita dijemput ahli-ahli akademik untuk menyumbang manuskrip karya asli ke Jurnal al-Hikmah. Jurnal al-Hikmah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan manuskrip yang mencakupi bidang Pengajian Islam khususnya bidang dakwah Islamiah.
Pembinaan Manuskrip
Manuskrip yang dihantar perlu memenuhi syarat penerbitan makalah jurnal; manuskrip hendaklah ditaip berpandukan program Microsoft Word dengan selaras menggunakan kertas berukuran A4, langkau dua baris, jenis font Times New Roman dan bersaiz font 12. Penulisan manuskrip tidak melebihi 15 halaman termasuk bibliografi.
Abstrak yang ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Arab, abstrak hendaklah ditulis dalam ketiga-tiga bahasa.
Penulis juga perlu menyediakan biodata ringkas tidak melebihi 50 patah perkataan yang perlu dimasukkan di halaman akhir manuskrip tersebut.
Penggunaan rujukan di dalam teks perlu mengikut sistem pengarang-tarikh. Setiap rujukan yang digunakan di dalam teks perlu dinyatakan di dalam senarai rujukan. Penulisan manuskrip perlu merujuk kepada garis panduan penulisan gaya APA (American Psychological Association).
Manuskrip yang diterima akan dinilai oleh sidang Editorial dan juga penilai bebas.
Penulis yang berminat menghasilkan manuskrip karya asli disarankan menghantar manuskrip tersebut ke KETUA EDITOR JURNAL AL-HIKMAH ke alamat e-mel rosma_mr@ukm.my
Bermula tahun 2013, jurnal al-Hikmah akan diterbitkan secara atas talian. Buat masa sekarang laman web jurnal al-Hikmah dalam proses pembinaan dan penyelenggaraan. Para penyumbang makalah jurnal al-Hikmah akan dapat menyerahkan manuskrip dengan mengisi borang penyerahan atas talian yang disediakan di laman web Jurnal al-Hikmah pada masa akan datang.