Followers

Saturday, February 26, 2011

Buku oh! buku

Sepanjang perjalanan tesis ku yang masih belum sampai ke penghujungnya, sudah banyak buku yang telah ku beli. Asal nampak je buku yang berkaitan pasti aku beli. Namun, dek kekangan masa bukan semua buku-buku tersebut yang berjaya dikhatam dan dikupas. Hehehe...Sekarang ni pun masih ada kira-kira enam buku yang baharu dibeli dan terperap je di library rumah. Belum lagi termasuk buku-buku yang dipinjam di library UPM dan UKM. Sekali pergi library tak sah kalau tak shopping buku. Belum juga termasuk jurnal-jurnal online yang telah diprint dan difailkan. Hari ini aku tekad nak khatam dan bedah siasat satu buku yang ditulis oleh Carol Grbich, Qualitative Data Analysis. Yang paling penting kena dapatkan idea dan maklumat berhubung content analysis of text yang ada dibincangkan dalam buku tersebut. InsyaAllah moga Allah permudahkan ku untuk mendapat gambaran yang setepatnya dalam menggunakan metode analisis kandungan kualitatif. Terima kasih Allah!

Friday, February 25, 2011

Di manakah kedudukan cinta kita?

Rasulullah SAW adalah merupakan peribadi yang paling unggul di muka bumi ini. Akhlak peribadi baginda SAW seharusnya perlu kita teladani sepanjang hayat kita. Teladanilah cara kehidupan Rasulullah SAW; sedang kita menghadapi masalah dan musibah...bertawakkallah kita dan ingatlah bahawa Nabi Muhammad SAW lagi besar dan getir ujiannya. Namun, baginda tidak pernah melupakan Allah. Malah semakin kuat baginda diuji, semakin dekat diri dan kecintaan baginda SAW kepada Allah. Bagaimana pula dengan diri kita? Semoga kecintaan kita kepada Nabi SAW melebihi kecintaan kita kepada manusia lain kerana terlalu banyak pengorbanan baginda untuk apa yang kita ada hari ini...nikmat Islam dan Iman. Subhanallah!. Di manakah kedudukan cinta kita?

Wednesday, February 9, 2011

Making sense of the social world Methods of Investigation

Buku hasil tulisan Chambliss & Schutt (2010) 'Making sense of the social world Methods of Investigation' membincangkan mengenai metodologi dan kaedah penyelidikan melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Buku yang sangat bagus dengan edisi terbaharu (ed. ke-3) dalam mengupas elemen-elemen penyelidikan secara mudah dan ringkas. Satu rujukan penting khususnya pelajar yang ingin menguasai kaedah penyelidikan. Bagaimana nak menggunakan 'making sense' dalam research kita?

Agak sukar untuk mendapatkan buku sebegini walaupun di kedai-kedai buku di universiti. Akhirnya dapat juga dijadikan koleksi peribadi, pencarian berakhir di Pekan Buku UM. Harganya usah la cerita. Agak mahal lah jugak bagi buku yang tebalnya tak seberapa. RM216.20. Tapi terpaksala beli sebab memang nak guna pun. InsyaAllah berguna sepanjang hayat. Memang tak rugi kalau bab beli buku ni. Harap-harap dapatla suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan. Buku dah beli.....gerak jangan tak gerak......


LinkWithin