Followers

Friday, February 25, 2011

Di manakah kedudukan cinta kita?

Rasulullah SAW adalah merupakan peribadi yang paling unggul di muka bumi ini. Akhlak peribadi baginda SAW seharusnya perlu kita teladani sepanjang hayat kita. Teladanilah cara kehidupan Rasulullah SAW; sedang kita menghadapi masalah dan musibah...bertawakkallah kita dan ingatlah bahawa Nabi Muhammad SAW lagi besar dan getir ujiannya. Namun, baginda tidak pernah melupakan Allah. Malah semakin kuat baginda diuji, semakin dekat diri dan kecintaan baginda SAW kepada Allah. Bagaimana pula dengan diri kita? Semoga kecintaan kita kepada Nabi SAW melebihi kecintaan kita kepada manusia lain kerana terlalu banyak pengorbanan baginda untuk apa yang kita ada hari ini...nikmat Islam dan Iman. Subhanallah!. Di manakah kedudukan cinta kita?

LinkWithin