Filem Melayu hari ini berjaya membuktikan bahawa industri perfileman negara masih kuat dan survived dari zaman kemalapan dan kegelapan yang melanda pada akhir 60-an dan awal tahun 70-an. Daripada penghasilan filem yang hanya 10-12 filem setahun, hari ini filem Melayu berjaya lari dari badi buruk dengan menghasilkan secara puratanya lebih daripada 20 hingga 25 buah filem setahun. Namun, kita sebagai penonton dan pemerhati filem masih keliru adakah jumlah penghasilan filem tersebut sudah cukup membuktikan kejayaan industri filem kita? Atau kita juga perlu melihat content filem yang diangkat dalam setiap pembikinannya. Justeru, ini turut menimbulkan kerisauan mengenai sejauhmana terkesannya masyarakat dengan filem-filem Melayu hari ini. Yang pasti filem Melayu hari ini terlebih jujur dalam mengangkat sinema realisme sehingga memaparkan apa yang dikatakan sebagai cara hidup sebenar masyarakat. Apakah perlu masyarakat didedahkan dengan babak-babak seperti seks luar nikah, minum arak, budaya Barat (disko, pub, berpeleseran dll.) hanya atas nama sebuah kejujuran iaitu filem perlu jujur dalam memaparkan kehidupan masyarakat. Masyarakat Islam kah yang dipaparkan dengan cara hidup sedemikian? Atau semua itu dibuat atas dasar kebebasan berkarya para pembikin filem yang kebanyakannya para pembikin filem Muslim. Persoalannya, kenapa mereka tidak berusaha dalam memaparkan imej Islam secara jujur sebagai agama rahmatan lil'alamin. Mungkin sedikit pesanan dan harapan untuk para pembikin filem Muslim untuk mengambil iktibar melalui ayat Allah dalam surah Al-Imran (3:104)
Maksudnya: "Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya".
Ayat ini sebagai asas tuntutan melakukan amar makruf nahi mungkar. Saya hanya berharap para pembikin filem Muslim tempatan lebih peka dan sensitif dengan setiap garapan karya mereka agar tidak bercampurnya hukum halal dan haram atas nama hiburan semata-mata. Yang pasti saya masih menunggu dan bersangka baik serta postif mengenai masa depan filem tempatan dalam membawa filem kita sebagai filem Islamik yang mempromosi cara hidup Islam yang sebenar.Allahuakbar!
-Wisdom was never built in one day- This blog is dedicated to all those who strive the work of da'wah especially in media & communication
Followers
Wednesday, March 30, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Islamy
Ingin berkongsi - laman komuniti muslim terbaharu www.isla.my
Mungkin sebagai alternatif dan pilihan pengguna internet selain laman web sosial yang lain seperti facebook, my space dan twitter. Jangan bandingkannya dengan mana-mana laman web sosial yang telah sedia established terutamanya facebook. Namun, sebagai pengguna komuniti muslim kita perlu menyokong hasil usaha produk muslim tempatan. Tahniah kepada Dr. Hasanah Abd Khafidz (USM)dan Dr. Irwan Mohd Subri (USIM) sebagai founder Islamy. Syabas juga buat Us. Muhammad Najib Abdullah dari USIM yang telah membentangkan kertas kerja mengenai Islamy dalam Bicara Dakwah di UKM semalam. Ini turut mempromosikan laman Islamy khususnya kepada para pelajar UKM.
Mungkin sebagai alternatif dan pilihan pengguna internet selain laman web sosial yang lain seperti facebook, my space dan twitter. Jangan bandingkannya dengan mana-mana laman web sosial yang telah sedia established terutamanya facebook. Namun, sebagai pengguna komuniti muslim kita perlu menyokong hasil usaha produk muslim tempatan. Tahniah kepada Dr. Hasanah Abd Khafidz (USM)dan Dr. Irwan Mohd Subri (USIM) sebagai founder Islamy. Syabas juga buat Us. Muhammad Najib Abdullah dari USIM yang telah membentangkan kertas kerja mengenai Islamy dalam Bicara Dakwah di UKM semalam. Ini turut mempromosikan laman Islamy khususnya kepada para pelajar UKM.
Tuesday, March 22, 2011
Bicara Dakwah kali ke10
Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Bicara Dakwah kali ke-10 anjuran Jabatan Peng. Dakwah FPI UKM dengan jayanya. Dengan bertemakan dakwah menerusi media baru, beberapa kertas kerja telah dibentangkan merangkumi perbincangan dakwah melalui blog, laman web sosial, you tube dan lain-lain lagi. Satu tema dakwah yang cukup menarik untuk difahami dan dimplementasi. Ini kerana media baru hari ini menjadi medium dakwah yang cukup dinamik dan sesuai dengan sasaran dakwah masakini. Apa yang lebih menarik ialah keynote (ucaptama)yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai "Dakwah menerusi media baru" yang membentangkan idea hebat tentang media sebagai ar-risalah. Antara lain Dr Abu memperkenalkan idea mengenai mediawan, mediatalis dan juga ekopososial. Media sebagai ar-risalah menurut Dr Abu adalah media yang memahami fungsinya sebagai cermin kehidupan masyarakat, yang bukan hanya arkitaip terhadap realiti, tetapi sebagai prototaip penghidupan dan kehidupan manusia nyata yang memiliki potensial untuk menyampaikan kebenaran dalam menemukan kehidupan yang as-sa'adah as-sarmadiyyah (tulen dan abadi), kebahagiaan dan kedamaian). Kagum dengan kehebatan ilmu beliau, kesempurnaan idea dan kepetahan bicara membuatkan saya terhimbau kenangan lalu semasa menjadi pelajar beliau. Teringat kelas saya bersamanya; teori filem, retorik, skrip filem memberikan saya ilmu dan minat untuk lebih meneroka isu di sebalik media dan masyarakat. Beliau juga lah menjadi sumber ilham dan minat saya untuk meneruskan kajian mengenai perfileman dan dakwah. Moga usaha dalam meletakkan bidang komunikasi media dakwah ini pada tahap yang lebih kukuh dan menyakinkan diwarisi dan disambung oleh para pelajar Jab. Dakwah khususnya mereka yang dari pengkhususan komunikasi.Namun, sayangnya peluang mendapatkan maklumat dan ilmu secara terus dan langsung daripada pembentangan kertas kerja dalam Bicara Dakwah hari ini tidak disambut dan direbut oleh pelajar nampaknya. Terasa kekosongan ruang bila mana kerusi-kerusi di Bilik Majlis tidak dipenuhi. Tertanya-tanya juga mana perginya pelajar-pelajar kita.Perjuangan belum selesai.
Sunday, March 13, 2011
Kita hamba ALLAH
Ertinya: "Allah berfirman, 'janganlah kamu berdua khuatir, seseungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat."
Alam sebenarnya sudah berbicara dan memperlihatkan hasilnya rentetan sikap alpa dan lalainya manusia. Tsunami dan gempa bumi di Jepun hanyalah contoh peringatan yang diberikan oleh Allah agar manusia jangan melupai Pencipta yang Maha Berkuasa. Kita perlu sedar yang kita hanyalah hamba Allah. Justeru, sebagai hambaNya, jangan sekali-kali kita melupai Maha Kuasa dan Maha Hebat Pencipta kita. Malangnya kebanyakan sikap masyarakat Malaysia masih dalam kepompong 'comfort zone' tanpa memiliki jiwa dan rasa akibat ujian dan hukum dunia. Kita masih leka..."nasib baik tsunami tak sampai kat Malaysia". Ambillah IKTIBAR! Sampai bila kita ingin hidup dengan sikap sebegini tanpa mempedulikan kesulitan dan kesusahan hidup orang lain. Jangan sampai hukum dunia melebarkan balanya di Malaysia dan jika itu yang berlaku kita menjadi manusia terakhir yang akan menyesal. Menyesal kerana masih terus menerus hidup tanpa memiliki sifat rasa takutkan Allah. Menyesal kerana masih bebas hidup bersenda gurau dan lalai dalam kemaksiatan hidup tanpa memikirkan kehidupan akhirat. Percayalah dengan kekuasaan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Melihat apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Jangan 'double standardkan' Allah. Moga-moga kita menjadi hambaNya yang takutkan Allah. Takut untuk melakukan dosa dan maksiat. Takut untuk mementingkan sikap duniawi. Takut untuk berlaku zalim terhadap manusia lain. Takut untuk bersifat dusta serta takut untuk meninggalkan solat. KENAPA? Kerana kita hamba ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)