Ingatan dan sedikit perkongsian di pagi jumaat...
Sesungguhnya jalan dakwah bukanlah perjalanan yang mudah...malah ia terlalu sukar sehingga kadang kala pendakwah itu sendiri mahu berhenti dan berputus asa. Tetapi sebagai da'ie yang perlu meneruskan perjuangan dan risalah agama, jangan sekali-kali letakkan diri dalam keadaan putus asa sebegini. Yakinilah hati bahawa ujian, mihnah dan tribulasi memang merupakan asam garam perjuangan dakwah. Tak ada dakwah yang berlangsung dalam keadaan mudah dan senang. Malah jika kita telusuri sirah perjalanan dakwah Rasulullah SAW betapa kita akan menangisi cabaran Rasulullah SAW yang lagi perit dan sukar. Apalah sangat kita jika hendak dibandingkan dengan Rasulullah SAW dalam usaha baginda menegakkan Islam. Sekurang-kurangnya kita para da'ie ini menjadi legasi perjuangan Islam yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat, para ulama' dan juga orang-orang soleh dalam keadaan masyarakat dan manusia telah mengenal Islam. Namun, baginda SAW lagi menghadapi kesukaran dan penuh liku di saat membawa Islam kepada manusia yang belum mengenali apa itu Islam...
Oleh itu, da'ie hari ini perlu kuat dan kental jiwanya. Cabaran akan wujud dalam pelbagai bentuk. Bukan semua mereka yang mendengar dakwah kita sangat menerima dan senang dengan kita :)
Sesungguhnya jalan dakwah penuh berliku...didik lah hati da'ie untuk sabar, tenang dan kuat menghadapi masa-masa kesukaran demi tugas dakwah. Jika berlaku juga kesukaran dan kehibaan tatkala kita diuji dalam proses penyampaian dakwah ini, cari lah Tuhan, yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih...berbicaralah kita dengan Allah. Sesungguhnya cukuplah Allah bagi ku :)
No comments:
Post a Comment