Sekadar perkongsian tentang forum yang dilangsungkan sempena FFVPM 10 yang telah diadakan baru-baru ini di USIM. Dek kerana kesibukan masa yang sangat menghambat dengan beban tugas yang tak pernah habis, terlupa pulak untuk berkongsi perbincangan dalam forum tersebut mengenai filem pendek patuh syariah. Forum tersebut berlangsung dengan jayanya. Ramai pelajar-pelajar USIM khususnya pelajar komunikasi turut serta dalam forum tersebut. Peserta dan pensyarah jemputan khas dari KUIS pun ada. Soalan yang diajukan pun boleh tahan banyaknya. Tahniah kepada tuan rumah di atas penganjuran tersebut.
KOnsep patuh syariah ini tiba-tiba sangat popular di Malaysia; dengan istilah filem patuh syariah, drama patuh syariah ataupun juga filem pendek patuh syariah. Di antara soalan moderator yang diajukan kepada ahli panel forum tersebut ialah mengenai definisi patuh syariah yang sebenar. Sangat sukar untuk diberikan definisi kerana kita masih belum ada suatu definisi kukuh tentangnya lagi. Masing-masing masih memberikan definisi dan penginterpretasian mengikut pandangan masing-masing. Sememangnya masih belum ada sumber rujukan tentang sejauhmana sesebuah karya itu dikatakan atau diletakkan sebagai karya yang patuh syariah. Contoh karya filem dan drama yang patuh syariah secara seratus peratus pun masih tidak wujud dalam industri seni lakon di Malaysia.
Selain itu, isu tentang polisi dan garis panduan turut dibincangkan dalam forum ini. Begitu juga dengan definisi filem pendek itu sendiri. Sejauhmana sesebuah filem itu boleh dikategorikan sebagai sebuah filem pendek dengan durasinya yang bagaimana? Secara kesimpulannnya perbincangan forum ini membuka ruang kepada percambahan ilmu khususnya tentang filem pendek yang patuh syariah. Satu perkongsian ilmu yang baik dari semua ahli panel.
No comments:
Post a Comment