Bermula 14-16 November 2013, akan berlangsung Festival Filem Video Pelajar Malaysia ke-10 (FFVPM10) anjuran USIM dengan kerjasama FINAS. Saya melihat anjuran festival sebegini sebagai platform bagi pelajar bidang media dan komunikasi untuk berkarya berlandaskan kreativiti dan seni masing-masing. Alhamdulillah tahun 2013 memperlihatkan perkembangan masa depan filem pendek yang diangkat dengan nilai Islam dan patuh syariah. Pemilihan USIM sebagai penganjur utama menjadi asas perkembangan positif ini. Sebagai Universiti Islam (Universiti Sains Islam Malaysia) di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, saya melihat perkembangan ini sebagai perkembangan yang cukup positif ke arah memartabatkan filem dan filem pendek khususnya dari kaca mata elemen Islam dan dakwah itu sendiri. Ini turut menjadi sumbangan penting ke arah usaha berdakwah melalui media filem.
Alhamdulillah saya turut dijemput sebagai salah seorang ahli panel untuk forum Filem Pendek Patuh Syariah pada 14 November 2013 (Khamis) pukul 9.00 pagi. Bagi sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir. Tajuk forum ini cukup penting sebagai asas penghasilan filem pendek yang dikaitkan dengan patuh syariah. InsyaAllah saya akan menyentuh dari aspek keagamaan dan dakwah itu sendiri. 2 ahli panel yang lain ialah En. MArtias Ali (FINAS) dan juga Syed Zulkifli Tojo. Diharap gabungan ahli panel ini mampu merungkai dan membahaskan isu ini dengan jelas dan mendalam.
INsyaAllah jika berkesempatan saya akan berkongsi hasil perbincangan tersebut nanti :)
1 comment:
alhamdulillah KUIS dapat 2 anugerah...
rie
Post a Comment