Sepanjang perjalanan tesis ku yang masih belum sampai ke penghujungnya, sudah banyak buku yang telah ku beli. Asal nampak je buku yang berkaitan pasti aku beli. Namun, dek kekangan masa bukan semua buku-buku tersebut yang berjaya dikhatam dan dikupas. Hehehe...Sekarang ni pun masih ada kira-kira enam buku yang baharu dibeli dan terperap je di
library rumah. Belum lagi termasuk buku-buku yang dipinjam di
library UPM dan UKM. Sekali pergi
library tak sah kalau tak
shopping buku. Belum juga termasuk jurnal-jurnal
online yang telah di
print dan difailkan. Hari ini aku tekad nak khatam dan bedah siasat satu buku yang ditulis oleh Carol Grbich,
Qualitative Data Analysis. Yang paling penting kena dapatkan idea dan maklumat berhubung
content analysis of text yang ada dibincangkan dalam buku tersebut. InsyaAllah moga Allah permudahkan ku untuk mendapat gambaran yang setepatnya dalam menggunakan metode analisis kandungan kualitatif. Terima kasih Allah!