Followers

Monday, July 29, 2013

PANGGILAN MAKALAH JURNAL AL-HIKMAH 2013


PANGGILAN MAKALAH JURNAL AL-HIKMAH 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM akan menerbitkan Jurnal al-Hikmah Jilid 5 pada tahun 2013. Sehubungan dengan itu sukacita dijemput ahli-ahli akademik untuk menyumbang manuskrip karya asli ke Jurnal al-Hikmah. Jurnal al-Hikmah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan manuskrip yang mencakupi bidang Pengajian Islam khususnya bidang dakwah Islamiah.

Pembinaan Manuskrip

Manuskrip yang dihantar perlu memenuhi syarat penerbitan makalah jurnal; manuskrip hendaklah ditaip berpandukan program Microsoft Word dengan selaras menggunakan kertas berukuran A4, langkau dua baris, jenis font Times New Roman dan bersaiz font 12. Penulisan manuskrip tidak melebihi 15 halaman termasuk bibliografi.

Abstrak yang ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Arab, abstrak hendaklah ditulis dalam ketiga-tiga bahasa.

Penulis juga perlu menyediakan biodata ringkas tidak melebihi 50 patah perkataan yang perlu dimasukkan di halaman akhir manuskrip tersebut.

Penggunaan rujukan di dalam teks perlu mengikut sistem pengarang-tarikh. Setiap rujukan yang digunakan di dalam teks perlu dinyatakan di dalam senarai rujukan. Penulisan manuskrip perlu merujuk kepada garis panduan penulisan gaya APA (American Psychological Association).

Manuskrip yang diterima akan dinilai oleh sidang Editorial dan juga penilai bebas.

Penulis yang berminat menghasilkan manuskrip karya asli disarankan menghantar manuskrip tersebut ke KETUA EDITOR JURNAL AL-HIKMAH ke alamat e-mel rosma_mr@ukm.my

Bermula tahun 2013, jurnal al-Hikmah akan diterbitkan secara atas talian. Buat masa sekarang laman web jurnal al-Hikmah dalam proses pembinaan dan penyelenggaraan. Para penyumbang makalah jurnal al-Hikmah akan dapat menyerahkan manuskrip dengan mengisi borang penyerahan atas talian yang disediakan di laman web Jurnal al-Hikmah pada masa akan datang.




Panggilan Kertas Kerja BICARA DAKWAH KALI KE-14 2013



Panggilan Kertas Kerja BICARA DAKWAH KALI KE-14 2013

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kerjasama Kumpulan Penyelidiikan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam akan menganjurkan Bicara Dakwah kali ke-14 2013: “Dakwah Islamiah melalui Transformasi Budaya, Media & Komunikasi Islam” pada 8 Oktober 2013 / 3 Zulhijjah 1434 di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.


Tan Sri/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghantar kertas kerja dan perlu menepati tema-tema seperti berikut:

Tema
“Dakwah Islamiah melalui Transformasi Budaya, Media & Komunikasi Islam”

Sub Tema:
- Dakwah dan pendidikan
- Dakwah dan nilai/etika
- Dakwah dan pemikiran
- Dakwah dan bangsa
- Dakwah dan bahasa
- Dakwah dan adat
- Dakwah dan kesenian
- Dakwah dan politik/sejarah/sosial
- Dan lain-lain yang bersesuaian


Yuran :

Seminar ini terbuka kepada individu, ahli akademik, agensi-agensi kerajaan dan swasta, NGO, pelajar serta pihak-pihak yang berminat.

Pembentang IPTA/ IPTS - RM100.00
Peserta Individu / Wakil organisasi - RM 50.00
Pelajar - Pelajar - RM 5.00

Tarikh Penting :
Penghantaran abstrak dan kertas kerja
Tarikh akhir hantar abstrak - 15 hb. Ogos 2013
Pengesahan penerimaan abstrak - 30 hb. Ogos 2013
Tarikh akhir hantar kertas kerja - 20 hb. September 2013

Kertas kerja perlu menepati tema. Semua kertas kerja hendaklah menggunakan format Gaya UKM sepenuhnya.

Format Penulisan Kertas Kerja - Font Times Roman, saiz 12, 1.5

Kertas kerja hendaklah dihantar kepada email :
(abudardaamohamad@ukm.my), (rosma_mr@ukm.my) dan (ros212@yahoo.com)

Thursday, July 18, 2013

Monday, July 15, 2013

Peghasilan video untuk dua pertandingan.....dakwah alaf baru!

Dalam masa terdekat, tahun 2013 menyaksikan perkembangan dakwah melalui penghasilan video pendek khususnya yang bertemakan Islamik. Tahniah JAIS melalui anjuran pertandingan video Pendek Muslim Style 2013. Begitu juga USIM sebagai tuan rumah bagi Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10. 

Saya kira sudah sampai masanya untuk pelajar-pelajar bidang komunikasi dan media Islam mengambil peluang ini untuk menyampaikan dakwah melalui karya-karya anda semua. Hadiahnya pun agak lumayan :-)



PERTANDINGAN VIDEO PENDEK MUSLIM STYLE 2013 ANJURAN JAIS

Hadiah pertama : RM8,000
Hadiah Kedua : RM6,000
Hadiah ketiga : RM4,000
5 Hadiah saguhati : RM1,5000

Tarikh tutup penyertaan : 15 September 2013

Maklumat lanjut sila ke web JAIS di link http://www.jais.gov.my/




















Penubuhan program Komunikasi di USIM pada tahun 2004 merupakan satu transformasi kepada bidang komunikasi di Malaysia dengan penerapan nilai-nilai keagamaan dalam skop pengajaran dan pembelajaran. Sejak itu program ini semakin mendapat perhatian dan kesedaran pelajar-pelajar bidang keagamaan sebagai satu tanggungjawab untuk mengetengahkan disiplin bidang komunikasi dengan nilai-nilai murni yang diharap membawa kepada kesejahteraan ummah sejagat.
Justeru, USIM telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-10 (FFVPM10) untuk tahun ini. USIM sangat berbesar hati dan bangga kerana dapat berkoloborasi dengan FINAS untuk menganjurkan FFVPM10 yang merupakan festival yang berprestij di kalangan pelajar komunikasi di negara ini.

Wednesday, July 10, 2013

Kucing dari Langit

Karya Zabidi Mohamed - Kucing dari Langit

Sempena 1 Ramadhan ini, rakyat Malaysia berkesempatan menonton Kucing dari Langit, karya Zabidi Mohamed. Sangat menarik dan memberi makna di sebalik video yang berdurasi 3 minit 36 saat ini. Tahniah kepada Zabidi Mohamed di atas karya sulungnya sebagai pengarah dan sekaligus penulis skrip. Ternyata kami amat berbangga di atas usaha beliau menyokong usaha mengetengahkan nilai Islam di dalam setiap karya beliau. 3 minit Islamic short film ini memberi pengertian yang mendalam. Ternyata bagi mereka yang lembut hati amat tersentuh dengan apa yang diangkat dalam Kucing dari Langit ini. Mesej dakwahnya sangat kuat. Semoga Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran dan usaha dakwah Zabidi Mohamed melalui karya skrip patuh syariah dan skrip dakwahnya sebagaimana Indonesia mengiktiraf Habiburahman el-shirazy di atas karya filem dakwah seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Saya pun akan terus menunggu bila pula Zabidi Mohamed nak cuba mengarah drama dan filem :)


LinkWithin