Followers

Wednesday, December 18, 2013

THE JOURNAL OF AL-HIKMAH

Alhamdulillah THE JOURNAL OF AL-HIKMAH sudah berada di atas talian. Untuk pengetahuan semua sebenarnya jurnal al-Hikmah ini merupakan jurnal terbitan Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan (JPDK) Fakulti Pengajian Islam UKM. Sebelum ini kami sudah menerbitkan jurnal ini secara cetakan hardcopy. Bermula tahun 2013, percubaan JPDK untuk memulakan penerbitan jurnal ini secara atas talian atau secara online. Moga-moga keberadaan jurnal ini di atas talian disedari oleh para pengguna internet khususnya yang mencari artikel-artikel berkaitan dengan dakwah dan Islam di alam maya.

Jurnal ini masih baharu. Oleh itu, kami berharap dalam tempoh 3 tahun jurnal ini berjaya mencapai tahap kematangannya. Dan seterusnya jurnal ini dapat diakses dengan lebih mudah pada masa hadapan. Jika kita mencari menggunakan google, masih sukar untuk mendapatkan laman ini. Oleh itu, kami di JPDK berharap agar para pengguna terus memberikan sokongan dengan terus mengakses ke http://spaj.ukm.my/jalhikmah

http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah




2 comments:

Anonymous said...

pdf jurnal xbole download pun kak.. kena log in dulu. tp xbole nak register pun.

-rie

ummuAisyah said...

rie, mmg kena register dulu baru boleh log in dan download artikel...akak dah buatkan

LinkWithin