Followers

Tuesday, March 22, 2011

Bicara Dakwah kali ke10

Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Bicara Dakwah kali ke-10 anjuran Jabatan Peng. Dakwah FPI UKM dengan jayanya. Dengan bertemakan dakwah menerusi media baru, beberapa kertas kerja telah dibentangkan merangkumi perbincangan dakwah melalui blog, laman web sosial, you tube dan lain-lain lagi. Satu tema dakwah yang cukup menarik untuk difahami dan dimplementasi. Ini kerana media baru hari ini menjadi medium dakwah yang cukup dinamik dan sesuai dengan sasaran dakwah masakini. Apa yang lebih menarik ialah keynote (ucaptama)yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai "Dakwah menerusi media baru" yang membentangkan idea hebat tentang media sebagai ar-risalah. Antara lain Dr Abu memperkenalkan idea mengenai mediawan, mediatalis dan juga ekopososial. Media sebagai ar-risalah menurut Dr Abu adalah media yang memahami fungsinya sebagai cermin kehidupan masyarakat, yang bukan hanya arkitaip terhadap realiti, tetapi sebagai prototaip penghidupan dan kehidupan manusia nyata yang memiliki potensial untuk menyampaikan kebenaran dalam menemukan kehidupan yang as-sa'adah as-sarmadiyyah (tulen dan abadi), kebahagiaan dan kedamaian). Kagum dengan kehebatan ilmu beliau, kesempurnaan idea dan kepetahan bicara membuatkan saya terhimbau kenangan lalu semasa menjadi pelajar beliau. Teringat kelas saya bersamanya; teori filem, retorik, skrip filem memberikan saya ilmu dan minat untuk lebih meneroka isu di sebalik media dan masyarakat. Beliau juga lah menjadi sumber ilham dan minat saya untuk meneruskan kajian mengenai perfileman dan dakwah. Moga usaha dalam meletakkan bidang komunikasi media dakwah ini pada tahap yang lebih kukuh dan menyakinkan diwarisi dan disambung oleh para pelajar Jab. Dakwah khususnya mereka yang dari pengkhususan komunikasi.Namun, sayangnya peluang mendapatkan maklumat dan ilmu secara terus dan langsung daripada pembentangan kertas kerja dalam Bicara Dakwah hari ini tidak disambut dan direbut oleh pelajar nampaknya. Terasa kekosongan ruang bila mana kerusi-kerusi di Bilik Majlis tidak dipenuhi. Tertanya-tanya juga mana perginya pelajar-pelajar kita.Perjuangan belum selesai.

No comments:

LinkWithin