Followers

Sunday, March 13, 2011

Kita hamba ALLAH

Ertinya: "Allah berfirman, 'janganlah kamu berdua khuatir, seseungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat." Alam sebenarnya sudah berbicara dan memperlihatkan hasilnya rentetan sikap alpa dan lalainya manusia. Tsunami dan gempa bumi di Jepun hanyalah contoh peringatan yang diberikan oleh Allah agar manusia jangan melupai Pencipta yang Maha Berkuasa. Kita perlu sedar yang kita hanyalah hamba Allah. Justeru, sebagai hambaNya, jangan sekali-kali kita melupai Maha Kuasa dan Maha Hebat Pencipta kita. Malangnya kebanyakan sikap masyarakat Malaysia masih dalam kepompong 'comfort zone' tanpa memiliki jiwa dan rasa akibat ujian dan hukum dunia. Kita masih leka..."nasib baik tsunami tak sampai kat Malaysia". Ambillah IKTIBAR! Sampai bila kita ingin hidup dengan sikap sebegini tanpa mempedulikan kesulitan dan kesusahan hidup orang lain. Jangan sampai hukum dunia melebarkan balanya di Malaysia dan jika itu yang berlaku kita menjadi manusia terakhir yang akan menyesal. Menyesal kerana masih terus menerus hidup tanpa memiliki sifat rasa takutkan Allah. Menyesal kerana masih bebas hidup bersenda gurau dan lalai dalam kemaksiatan hidup tanpa memikirkan kehidupan akhirat. Percayalah dengan kekuasaan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Melihat apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Jangan 'double standardkan' Allah. Moga-moga kita menjadi hambaNya yang takutkan Allah. Takut untuk melakukan dosa dan maksiat. Takut untuk mementingkan sikap duniawi. Takut untuk berlaku zalim terhadap manusia lain. Takut untuk bersifat dusta serta takut untuk meninggalkan solat. KENAPA? Kerana kita hamba ALLAH.

LinkWithin