Followers

Tuesday, June 28, 2011

Mengukur religiositi dari perspektif post-positivist

Banyak kajian religiositi dipelopori oleh para penyelidik Barat dalam pengukuran konteks agama Kristian. Walaubagaimanapun, kredit pujian seharusnya diberikan kepada kumpulan penyelidik dari UPM yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Steven Krauss (Abdul Lateef Abdullah) kerana telah mempelopori bidang religiositi dari perspektif tasawwur Islam. Melalui kajian Krauss et al., mereka telah membangunkan instrumen - model religiositi Islam - untuk mengukur tahap religiositi seseorang individu berpandukan The Muslim Religiosity- Personality Inventory (MRPI).

Mungkin ramai yang berminat untuk membahaskan - bolehkah tahap religiositi manusia diukur dalam ukuran paradigma atau perspektif post-positivisme (pasca-positivis). Sedangkan kita tahu ukuran pasca positivis terlalu objektif kerana mendasari kajian penyelidikan secara kuantitatif. Macam mana nak ukur iman seseorang muslim? Bolehkah kita menilai sama ada seseorang itu benar-benar jujur, berakhlak dengan akhlak yang baik, niat mereka dan sebagainya. Semua itu kelihatan sangat subjektif yang sukar untuk diberikan penilaian oleh manusia terhadap manusia lain. Ya, betul! Siapalah kita untuk menghukum dan menilai iman orang lain. Sedangkan kita sendiri pun tak mampu untuk mengekalkan peningkatan iman kita sepanjang masa. Sebab itulah Allah sudah mengkhabarkan bahawa iman kita sentiasa turun naik. Adakalanya bertambah adakalanya berkurangan. Ini merupakan persoalan-persoalan biasa yang sering diperdebatkan dan diajukan.

Namun, Dr Krauss dan team beliau ada solutionnya. Pengukuran religiositi secara fizikal dan aspek zahiriah mengikut kemampuan manusia sahaja. Yang selebihnya terserah kepada Allah untuk menentukannya. Antara panduan yang menjadi sandaran mereka dalam membangunkan instrumen MRPI ini; berasaskan kefahaman agama, simbol dan tanda yang berkaitan dengan kehidupan beragama (religiositi), kepatuhan kepada displin Islam dan juga akhlak Islam seseorang individu. Jadi, secara zahiriahnya, seseorang individu yang faham agama Islam, yang kita nampak sememangnya baik akhlaknya, patuh dan taat dengan perintah agama, kaki masjid, solat, mengaji dan menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim dan mukmin, berpakaian berlandaskan ciri-ciri mukmin - pasti lebih baik dari individu yang secara zahirnya kaki clubbing, pakaian yang kurang menutup aurat - sama ada lelaki ataupun perempuan, tidak solat dan tidak taat menunaikan perintah Allah dsb. Justeru, dalam konteks pengukuran religisoti, mereka yang mendapat skor yang tinggi lebih tinggi tahap religiositi (kehidupan beragama)berbanding mereka yang rendah skornya.

Bagi mereka yang berminat mendalami dan menggunakan bidang religiositi sebagai bidang kajian, mungkin solution yang terbaik ialah dengan menjalankan kajian penyelidikan secara mixed-methods, agar seimbang dapatan kajian kuantitatif dan kualitatifnya. Ini kerana melalui kajian mixed-methods, penyelidik dapat melihat dapatan kajian melalui kedua-dua metode yang digunakan. Oleh itu, ia dapat mengukuhkan dapatan dan memberi justifikasi kepada kajian tersebut. Sebagai contohnya kajian tinjauan dan in-depth interview digunakan untuk menentukan tahap religiositi responden. Melalui mixed-methods, kita tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada perspektif pasca-positivis mahupun interpretif semata-mata tetapi menggunakan paradigma pragmatisme sebagai landasan. Yang penting kena sandarkan kajian kita itu dengan epistimologi ilmu Islam kerana kita mengkaji religiositi tersebut dari perspektif Islam.

Walaubagaimanapun, bukan hak kita untuk menilai manusia tapi hakikatnya pakaian dan tingkah laku kita mencerminkan akhlak kita. Namun, ada manusia yang mengambil kesempatan menampilkan ciri-ciri alim untuk menutup kepentingan diri tapi berakhlak dengan akhlak yang buruk. Golongan ini sememangnya akan mendapat murka Allah. Mereka merupakan contoh yang memberikan imej yang sangat buruk dan menimbulkan prejudis masyarakat terhadap ahli agama terutama dalam kalangan orang-orang awam yang akan menjadikan isu ini sebagai hujah untuk mereka mengabaikan perintah Allah seperti kewajipan menutup aurat. Sehingga wujud pernyataan "tak pe pakaian aku macam ni pun...yang penting Allah tahu hati aku baik. Lebih baik daripada mereka yang pakai tudung, bersolat, mengaji tapi masih buat maksiat, mengumpat, benda-benda yang tak elok tu". MasyaAllah! Takutlah kepada Allah, yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih dan Penyayang. Bertaubatlah sebelum terlambat!

No comments:

LinkWithin