Followers

Monday, January 23, 2012

Masih lagi tentang Formalisme Vs. Realisme


Pembikinan filem merupakan antara media visual terawal semenjak kemunculan gambar bergerak tahun 1890-an oleh Lumiere bersaudara dan juga Thomas Alva Edison. Pada awak kemunculannya, filem banyak menjadi alat hiburan dan juga ideologi propaganda politik. Macam sekarang ni pun, khalayak penonton masih menganggap fungsi filem sebagai untuk berhibur sahaja. Sebab itu la filem-filem ringan, bergenre komedi, cinta, aksi dan juga seram banyak mendapat sambutan. Filem-filem yang lebih berat pula agak kurang diminati. Tapi kadang-kadang tak juga, sebab banyak filem di Malaysia dalam genre komedi, cinta dan aksi pun tidak mendapat kutipan box-office. Sebab itu la Fuziah Kartini et al. (2009) menyatakan bahawa khalayak filem di Malaysia sukar diduga. Contohnya filem Ombak Rindu berjaya yang diadaptasi dari novel tapi filem Karipap2 Cinta pula gagal. So, bg pendapat saya, banyak faktor yang menyumbang kejayaan sebuah filem; pelakon, pengarah, plot dan jalan cerita malah produsernya pun turut memainkan peranan untuk audien pilih filem pilihan mereka.

Perbincangan kajian filem bukan hanya meletakkan filem sebagai seni (art) tetapi filem turut menjadi media massa (mass media). Daripada sinilah wujud dua pemikiran besar dalam kajian filem tentang formalisme dan realisme. Formalisme mengaitkan filem dengan seni yang terpisah dari alam ataupun visible reality. Imaginasi dan interpretasi alam yang diterjemahkan ke dalam filem menguatkan pemikir formalisme untuk menjayakan sesebuah filem. Kategori genre sains fiksyen banyak menerima idea formalisme ini. Sinema Barat seperti Hollywood gemar menemukan idea formalisme dalam karya-karya mereka seperti Jurrasic Park. Ini kerana gaya pengarahan, visual sinematografi malah naratifnya lebih sofistikated dan terkehadapan berbanding dengan idea realisme. Filem formalisme tak kisah tentang kebenaran cerita kerana pembikin formalisme boleh memanipulasi fakta cerita serta visual tentang tempat dan juga masa berdasarkan cerita rekaanya. So tak kisah lah kadang-kadang kita menonton filem yang kita tidak tahu lokasi tempatnya di mana dsb. Siapa kisah kan...ini hanyalah filem semata-mata...

Manakala realisme berpaksikan realiti. Filem menjadi alat menghubungkan khalayak massa yang dikaitkan dengan pemaparan reliti kehidupan (representation of reality). Justeru, tak hairan banyak pengkaji filem mengaitkan filem dengan budaya seperti kajian Kraucer dan juga Asiah Sarji. Saya berpendapat filem-filem Iran lebih mengangkat sisi pandangan realisme kerana plot naratif dalam filem Iran lebih mudah dan senang difahami. Malah saya rasa ia lebih dekat dengan kehidupan kita dan masyarakat.

Jika ditanya, sama ada formalisme atau realisme yang mana lebih saya suka....saya rasa jiwa saya lebih dekat dengan filem-filem realisme. Seperti contohnya semalam di TV al-Hijrah ada ditayangkan tentang filem Korea arahan pengarah Jepun, Flavor of Happiness....sangat realisme dan penuh dengan mesej. Malah filem-filem realisme saya rasa lebih dekat dengan Dakwah. :)

No comments:

LinkWithin