Followers

Friday, September 27, 2013

Bicara Dakwah kali ke-14 2013 & Bengkel Patuh Syariah dan Penerbitan Filem Pendek menggunakan Smartphone



Pada 8 Oktober 2013 (Selasa) nanti, akan berlangsungnya program tahunan anjuran Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan iaitu Bicara Dakwah kali ke-14 di Bilik Senat Bangunan Canselori UKM. Sesiapa yang berminat dijemput menghadiri program tersebut. InsyaAllah banyak manfaat dengan perkongsian ilmu daripada pembentang-pembentang kertas kerja termasuklah jemputan khas pembentang utama En. Zabidi Mohamed tentang Karya patuh syariah dan impaknya kepada filem cereka dan filem pendek. Sesuai dengan tema Bicara Dakwah kali ini iaitu dakwah Islamiah melalui transformasi budaya, media & komunikasi Islam, saya selaku pengerusi Bicara Dakwah sangat mengalu-alukan peserta dan pelajar untuk jemput ke majlis kami. InsyaAllah beberapa kertas kerja yang berhubung kait dengan tema ini akan dibentangkan. Manfaatnya InsyaAllah sangat besar terutaman bagi pendakwah alaf baharu yang perlu memahami senario dan persekitaran sasaran dakwah yang dekat dengan media dan komunikasi hari ini.

Pada 24 Oktober 2013 pula, melalui geran penyelidikan dan Jabatan Peng. Dakwah & Kepimpinan, kami akan menganjurkan Bengkel Patuh Syariah dan Penerbitan Filem Pendek menggunakan smartphone. En Zabidi Mohamed sekali lagi dijemput mengendalikan bengkel setengah hari ini. Berpandukan pengalaman beliau sebagai pakar profesional dalam bidang skrip dan drama, saya yakin beliau dapat mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Bengkel ini akan mengupas bagaimana untuk menghasilkan karya patuh syariah seterusnya memahirkan diri menghasilkan filem pendek hanya dengan menggunakan smartphone. Bengkel ini menjemput peserta khususnya pelajar UKM dengan bayaran hanya rm30 manakala ahli/individu luar rm100.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut...

No comments:

LinkWithin