Followers

Friday, October 11, 2013

Di mana ruh dan jiwa Aidil Adha....




Tinggal beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha yang amat sinonim dengan Hari Raya Korban. Sambutan hari raya Aidil Adha seiring dengan penyembelihan ibadat korban bagi mereka yang tidak menunaikan haji manakala pada setiap bulan Zulhijjah juga peluang bagi mereka untuk menunaikan ibadat haji demi menyahut seruan Ilahi menunaikan rukun Islam yang kelima. Terdapat banyak fadilat dan kelebihan bulan haji ini di mana umat Islam menyambut Aidil Adha...seperti puasa sunat hari arafah, sunat sembelihan binatang korban malah amalan bertakbir dan bertasbih.


Namun, kenapa sambutan raya Aidil Adha tidak semeriah sambutan Hari raya Puasa yang kalau kita lihat...sebelum bulan puasa tiba sudah ada iklan dan promosi raya. Hakikatnya macam tak nak raya je...sunyi dan hidup seperti biasa. Di mana silapnya, hari raya, hari kebesaran dalam Islam hanya dipandang sepi oleh masyarakat dan juga media...

Kalau kita lihat sehingga hari ini, tidak ada sambutan raya di media TV, radio mahupun media cetak secara hebahan seperti sambutan Hari raya Puasa, apatah lagi iklan dan juga promosi besar-besaran...

Seolah-olah ruh dan jiwa untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha sangat dingin dan kurang meriah. Fokus TV hanya kepada ibadat haji, dengan membuat laporan daripada Baitullah sahaja. Umat Islam juga tidak didedahkan oleh media tentang bagaimana penting dan seronoknya untuk kita menyambut hari raya korban ini. Ini dapat kita lihat dalam diri anak-anak kita yang biasa dan tidak sedar pun bahawasanya minggu depan kita akan beraya. Begitu besarnya pengaruh dan kesan media dalam jiwa dan kehidupan kita. Bayangkan jika media turut sama mempromosi sambutan Hari raya Aidil Adha semeriah sambutan dan promosi Hari Raya Puasa, saya berpendapat bahawa masyarakat Islam turut sama terpanggil untuk memberikan perhatian yang lebih terhadap sambutan ini...

Sayangnya... bagaimana untuk kita cari ruh dan jiwa yang hilang tentang Aidil Adha...hilang dalam kesibukan kerja, kesibukan menguruskan kehidupan dunia dan ketidakpedulian kita tentang kebesaran hari raya ini...

No comments:

LinkWithin