Followers

Monday, July 9, 2012

Jurnal artikel AJTLHE -Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education



PERKAITAN AMALAN SPIRITUAL DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR

(Sila klik untuk dapatkan artikel penuh)

Salasiah Hanin Hamjah
Ermy Azziaty Rozali
Rosmawati Mohamad Rasit
Zainab Ismail
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia


Abstrak

Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian turut dilihat sebagai faktor pemangkin yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar lebih-lebih dalam kalangan pelajar Islam. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji bentuk amalan kerohanian yang dipraktikkan dalam kehidupan pelajar di Fakulti Pengajian Islam (FPI). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian akademik antara jantina serta mengkaji perkaitan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak sistematik (N=291). Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikal deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa jenis amalan kerohanian harian dan amalan kerohanian berkaitan pembelajaran dilakukan oleh pelajar FPI. Terdapat perkaitan yang signifikan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.262; p < 0.01).

No comments:

LinkWithin